Resepi Spaghetti Carbonara Sedap Mudah Tanpa Prego - Rencah Rasa

Hari ni saya nak share resepi mudah, cepat dan senang untuk dimasak. Lagi2 untuk orang bujang atau anak2 jenis tak boleh tunggu lama sebab lapar. Hehee. Resepi Spaghetti Carbonara sedap mudah tanpa prego. Haaa..tak perlu beli prego carbonara tau. Kita buat sendiri je.
Actually saya ni sebenarnye..tak berapa suka carbonar. Bukan apa, sebabnye kalau gi order dekat mana2 cafe..saya selalu terkena yang muak. Nak cari yang sedap, susah sangat. Tiba2 teringat pulak carbonara dekat US dulu. Allah, punye lah sedap. Ada rezeki tahun
OK cukup sampai situ..huhu.
Kembali semua pada resepi ni. Untuk pengetahuan, ni adalah percubaan pertama saya. Sebabnye pagi tadi saya buat breakfast dengan mushroom soup campbell’s. Kebetulan ada banyak lebih. Ada 3/4 tin lagi baki mushroom soup.

Takkanlah nak buang macam tu je kann. Kalau nak simpan untuk esok2, alamatnye memang dalam tong sampah lah.

Kebetulan pula dalam peti ais ada bahan2 nak buat spaghetti, maka terciptalah resepi ni.


Jom kita tengok resepi spaghetti carbonara sedap mudah tanpa prego ni ðŸ˜‰

Bahan – Bahan :

1/2 paket spaghetti
3/4 tin mushroom soup
500ml fresh milk
1 biji bawang besar – potong dadu
6 ulas bawang putih – potong dadu
1/4 paket ayam kisar
2 batang sosej ayam
mix herb (saya guna oregano je)
garam
lada hitam
parmesan cheese

Cara Memasak :

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Lebih kurang 20 minit. Masa rebus tu letak sedikit minyak dan garam.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Lepas masukkan ayam kisar, bila dah separuh masak, masukkan pula sosej.
  4. Selepas itu masukkan mushroom soup dan susu segar. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit susu segar / air. Sebabnya carbonara ni akan menjadi pekat bila sejuk.
  5. Akhir sekali masukkan mix herb, lada hitam dan garam.
  6. Tabur sedikit cheese dan gaul. Siap untuk dimakan.
Nak lagi senang, tak perlu letak mushroom soup tu pun boleh. Guna susu segar je. Lepas tu boleh letak cendawan butang atau apa2 sayur.
Semoga happy dan kenyang bersama family tercinta. Selamat mencuba ðŸ™‚
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment