Resepi Nasi Minyak Mudah Dan Sedap - Rencah Rasa

 RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!
Hari Jumaat hari tu teman ada buatkan Nasi Minyak untuk kami berbuka puasa.. dan hari ni hubby request lagi nak makan nasik minyak lagi.. so.. teman pun repeat buat nasi minyak ni.. kalau dah hari tu guna resepi Blogger Ita, maka kali ni pun kenalah guna resepi yang sama.. kang hubby miaw yang terror masak tu kondem lak awat rasa lain kan.. haha.. ok lah.. kali ni teman guna resepi Blogger Ita lak sebab saja nak kelainan, sebelum ni teman guna Resepi sahabat teman Nurul, pun hubby suka.. hehehehe.. cuma kali ni nak kasi kelainan sikit.. teman cuba resepi Blogger Ita.. jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasaknya.. 

BAHAN-BAHAN 
3 cawan beras basmathi
(teman guna beras Jasmine Super Import)
3 cawan air
1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
1/2  cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
(teman potong 4 je daun pandan tu)
1 batang serai di titik
1 inci halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
1/2 sudu teh garam
1 kiub ikan bilis
Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
Pewarna kuning telur
(teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

REMPAH TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Blogger Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. beliau suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. teman pun suka beras jasmine ni.. sekarang pun pakai beras jasmine tapi bukan basmathi la kan.. beras wangi pun bukan.. heeee.. beras jasmine yang Super Import tu je.. oh.. lupa pulak, Blogger Ita juga mencadangkan boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza

Resepi yang teman masak ni memang teman guna ikut resepi Blogger ita.. so, teman tepek aje resepi dari Blog Blogger Ita ni yea.. mintak Izin yea kak Ita.. Kalau korang nak tengok versi blogger ita, boleh klik link ini ----> Blog Azlita Masam Manis

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .
(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)



Bahan-bahan untuk memasak nasi 

Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .

Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti. 

Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2)

Teman pun macam Blogger Ita gak, masak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas. Jom kita mula memasak!



Gambar dan Resepi --> Blog Azlita Masam Manis
Haa.. dah siap pun Nasi Minyak versi Tengkubutang.. huhu.. sorry la tak sama pemandangannya dengan dalam gambar Blogger Ita, sebab teman dah terbiasa ikut cara teman.. macam daun pandan.. teman suka potong pendek2.. pastu pewarna merah tu teman tak sempat beli lak.. so, biarlah kaler polos tu.. hahaha.. dah cari pewarna kuning tak jumpa pulak.. aishh.. tapi hubby kata boleh je kaler biasa.. janji ada rasa katanya.. huhuhu.. ada rasa la tu kot sampai request lagi buat Nasi Minyak ni.. huhuhu.. 
Oklah.. jom kita siapkan pula bahan untuk lauk yang akan di gandingkan bersama.Lauk yang sesuai digandingkan dengan Nasi Minyak ini ialah lauk Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah (pilihan teman)...

dan tak lupa Acar Nenas Campur Timun..Ok lah.. ini saja untuk hari ni.. tQ buat Blogger Ita kerana selalu menghasilkan resepi yang teman rasa mudah teman nak masak.. heeee.. 

loading...
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment