Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap - Rencah Rasa



Saya rasa nasi ayam di Gulam Mee sangat sedap tetapi hari demi hari sangat mahal. Bukan sahaja harga dinaikkan tetapi juga portion lagi mengecil. Kita tak banyak pilihan melainkan memasak nya sendiri bila berkesempatan. Anak bongsu saya, Aween pulak sangat menggemari nasi ayam. Dia boleh menghabiskan 2 bungkus sekali makan. Bila mendengar ura ura saya ingin memasak nasi ayam, dia siap berpesan supaya saya memasak awal pagi, jadi pukul 10 pagi dia dah boleh bersarapan dengan nasi ayam. hmmm gitu lah betapa dia menggemari nasi ayam.

Resepi ini menghasilkan nasi ayam yang sangat sedap, sangat istimewa. Keenakannya sehinggakan saya dan anak anak makan nasi ayam sebanyak 2 kali, sebagai brunch pukul 11.30 pagi dan pukul 2 petang makan lagi sekali. Alahaaai, nasinya yang wangi dan lembut, ayamnya yang lembut. Lebih lebih lagi, saya menggunakan ayam segar yang diproses sewaktu kita membelinya. Jadi dagingnya masih juicy.

UPDATE: lihat juga resepi nasi ayam lain yang telah saya cuba dan menghasilkan nasi ayam yang juga sedap dengan klik di SINI dan  di SINI. Jom lah kita layan resepi Nasi Ayam Istimewa yang telah saya ubahsuai sedikit sebanyak di bawah ini...



Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair

Sedikit minyak bijan

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.



Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  






Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning



Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 





Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 








Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka

1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)







Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)

Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 




Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.






Enjoy ...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment