Resepi Kuih Keria Lembut Dan Gebu - Rencah Rasa


Resepi Kuih Keria Lembut Dan Gebu


Bahan-bahan :

1 kg keledek oren

1 sudu makan mentega 

2 sudu makan yis

Tepung gandum

Secubit garam


Cara-cara : 

1. Kupas dan rebus ubi sehingga lembut. Buangkan air rebusan.

2. Leyekkan keledek bersama mentega. 

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 

4. Masukkan yis. Tambahkan tepung, sekiranya doh masih melekat di jari.

5. Bulatkan doh-doh menjadi cincin.. sehingga habis..

6. Panaskan minyak. Dan masukkan satu persatu.. (Reen guna periuk kecil sebab nak doh tenggelam kedalam.. sehingga doh akan timbul dengan sendiri di permukaan minyak)

7. Angkat bila sudah kekuning-kuningan. 


Resepi Kuih Keria Lembut Dan Gebu


Untuk Salutan Kuih Keria..

- Untuk salutan ni Reen cuma guna Gula Apong (ni cara kat Sarawak buat..

1. Panaskan kuali.

2. Masukkan 2 sudu gula apong.. 

3. Kacau sehingga cair dan ringan. Jangan tunggu sehingga mendidih. Takut hangus dan jadi pahit nanti)

4. Masukkan kuih keria.. (anggaran dalam 15-20 biji)

5. Gaul sehingga rata dan buat. 

6. Sedap di makan ketika masih panas..




Sekiranya tak ada gula Apong.. boleh gunakan bahan lain...

Sira Kuih Keria (Kredit : Azie Kitchen)

1. Panaskan 3 sudu besar gula bersama 2 sudu besar air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih.

2. Masukkan kuih keria yang telah siap di goreng tadi.

3. Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum. Supaya tahan lama dan tidak mudah cair.

4. Terus kacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. 

5. Tutul api dan boleh di keluarkan dari kuali.

Resepi Kuih Keria Lembut Dan Gebu

loading...
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment