Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap - Rencah Rasa


Resepi ketam masak lemak cili api sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ketam masak lemak cili api sedap sehingga siap untuk dimakan. Sebelum bermula nah saya bagi anda tengok gambar terlebih dahulu supaya perasaan untuk memasak sentiasa membuak-buak didalam dada hehe.

resepi ketam masak lemak cili api sedap

Pastikan anda memilih ketam yang segar bagi menjamin kelazatan masakan anda. Panduan dan resepi ketam masak lemak cili api sedap adalah seperti berikut:

Masa penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan
Bahan-bahan:
  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan
Cara memasak:

1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Akhirnya siap juga resepi ketam masak lemak cili api sedap ni ye. Senangkan? In sha Allah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan. Sampai disini sahaja program masak-masak bersama saya dan semoga berjumpa lagi. Selamat mencuba! 
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment